Selasa, 22 Januari 2013

PIHAK PEJABAT SKDT MENERIMA SUMBANGAN LAPTOP DARIPADA IPGM (ILMU KHAS)

Alhamdulillah, pihak sekolah telah menerima sumbangan dua buah laptop untuk kegunaan warga kerja (pejabat). Penerimaan laptop ini akan memudahkan kerja-kerja pengurusan pejabat, data murid, serta untuk kegunaan staf yang mengikuti kursus luar sekolah.

*En. Mohd Shaferi Hassim, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat IPGM (Ilmu Khas) menyampaikan dua buah laptop kepada Guru Besar SK Dusun Tua, En. Mohd Sahar Othman. Turut hadir sama daripada IPGM (Ilmu Khas) di majlis ringkas itu adalah En. Norzamani Abu Hassan
Datin Junaida Ahmad dan Pn. Haslina Hassan.

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan 'Jutaan Terima Kasih' kepada En. Mohd Shaferi dan rakan-rakannya yang telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan dan khidmat sosial kepada warga kerja sekolah. Semoga segala jasa diberi balasan yang setimpal oleh-NYA.. Aamiin.

Rabu, 9 Januari 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

"Selamat kembali ke sekolah"~ buat semua anak didik SK Dusun Tua..
"Selamat Datang"~ buat semua murid baru, murid prasekolah dan murid Tahun 1 yang baru menjadi 'warga SKDT'..
"Selamat Bertugas"~ buat Pn. Masitah Ahmad dan Pn. Masiah Faridah Rakmad yang bertukar masuk ke SK Dusun Tua..
Semoga anak didik semua akan beroleh ilmu pengetahuan dan didikan yang terbaik daripada warga pendidik SK Dusun Tua.. Insya-Allah!
Kepada Pn. Cik Zuhal Aleas, warga SKDT mengucapkan "Selamat Maju Jaya" buat beliau yang berpindah ke SK Bandar Tun Hussein Onn.. Ungkapan "Sejambak TERIMA KASIH" juga buat beliau atas segala jasa sepanjang berkhidmat di SKDT..

Semoga Allah memberkati segala usaha kita kearah mencapai kecemerlangan pada tahun 2013 ini..
Didoakan!



SELAMAT BERTEMU DAN BERTAMU DI DUSUN TUA..

Salam persaudaraan buat para pengunjung blog Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Dusun Tua. Blog ini diwujudkan bagi memuatkan berita hal ehwal murid sekolah ini. Semoga dengan paparan yang diberi, sedikit sebanyak dapat menghebahkan aktiviti dan berita berkisar sekolah, di samping diharapkan turut merapatkan hubungan ibu bapa penjaga murid dengan warga kerja sekolah. Selamat membaca..