Antara objektifnya adalah ;
Melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam bidang Pendidikan Islam ;
Menjadikan Pendidikan Islam sebagai wadah ilmu dengan mengamalkan doa harian ;
Memupuk minat agar mencintai agama Islam, serta menjadikan murid-murid celik Jawi melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.Antara pengisian aktiviti yang dirancang oleh panitia Pendidikan Islam adalah seperti berikut ;
Tahun 1 – menulis huruf jawi dan menyambung huruf jawi
Tahun 2 – menjawikan satu suku kata dan 3 suku kata
Tahun 3 – menghafaz 10 doa harian
Tahun 4 – menghafaz asma’ul husna dan kuiz
Tahun 5 – membaca jawi lancar dan kuiz
Tahun 6 – pertandingan menulis khat dan kuiz
Selepas semua aktiviti berjalan, murid-murid yang berjaya telah diberi hadiah serta ganjaran kepada para pemenang. Semua guru Panitia Pendidikan Islam mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang memberi komitmen terbaik kearah memartabatkan murid Islam cerdik jawi, al-Quran dan fardhu ‘ain.
- Laporan oleh ; Pn.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan