Sambutan hari kebesaran Islam merupakan salah satu acara tahunan yang mesti ada dalam kalendar Panitia Pendidikan Islam. Ini bertujuan memperingati peristiwa penting dalam sejarah Islam.
Seiring dengan perkembangan negara yang semakin maju, mengakibatkan anak-anak terdedah dengan aktiviti dan gejala sosial yang semakin jauh dari landasan agama Islam. Program in dijalankan bagi menarik minat murid SKDT untuk mendalami ilmu agama agar dapat memberi satu impak yang besar dalam diri murid itu sendiri.
Oleh itu, pada 17 Februari lalu, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan tema ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’. Antara pengisian aktiviti murid berkumpul di dataran perhimpunan, guru kelas mengambil kedatangan murid disusuli dengan bacaan Yaasiin serta ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Amran Mansor. Kemudian, murid-murid berarak mengelilingi
Pada jam 9.00 – 10.00 pagi, murid prasekolah mengikuti pertandingan mewarna, manakala murid Tahun 1 – 3 menjawab soalan kuiz mengenai kelahiran Rasulullah saw. Murid-murid tahap 2 pula terlibat dalam pertandingan nasyid di Dewan SKDT. Selepas waktu rehat, murid-murid mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa mengikut jadual waktu. Semua pemenang dalam acara berkenaan diberi hadiah oleh pihak penganjur.
- Laporan oleh: Pn. Salina Khalid, Ketua Panitia Pendidikan Islam SKDT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan