Ahad, 22 Mei 2011

7 ORANG MURID SK DUSUN TUA TERKORBAN DALAM KEJADIAN TANAH RUNTUH.. SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA




Tragedi tanah runtuh yang meranapkan sebahagian Pusat Anak Yatim & Hidayah Madrasah at-Taqwa (PAYM), Batu 14, Hulu Langat semalam, amat mengejutkan. Warga SKDT merasa amat dukacita atas kejadian malang yang menimpa mereka.

16 orang disahkan terkorban, yang mana 7 orang daripadanya disahkan murid sekolah kami.
Mereka yang dimaksudkan adalah seperti berikut ;
1. MUHAMMAD NAERZEIM B. HJ. MOHD. NOR ((2 MESRA)
2. MUHAMMAD RIEZMAN B. ABDUL LATIF (3 MESRA)
3. SHAHRUL NURIMRAN B. ADNAN (3 MESRA)
4. MOHD. AIMAN B. ABDULLAH (4 MESRA)
5. MUHAMAD KAMARUL AMIEZAM (4 MESRA)
6. LOKMAN HAKIMI B. ABD. SATAR (5 MULIA)
7. MUHAMMAD MUSTAQQIM B. MAMAT (6 MESRA)
(*Senarai nama tersebut, GPK HEM sahkan daripada Ketua Warden PAYM, Ustaz Mohd. Hambali Ismail)

Kesedihan yang dirasai bersama, menyedarkan kita bahawa sesungguhnya hidup ini hanya sementara jua.. Semoga Allah SWT memasukkan mereka di kalangan orang-orang yang beroleh rahmat keampunan, keredhaan, serta ditempatkan di sisi para solehin..
al-Fatihah..


2 ulasan:

  1. Assalammualaikum wbt,
    Kami seluruh warga SK Pandan Indah mengucapkan salam takziah di atas tragedi yang menimpa anak-anak yatim di Rumah Anaka Yatim Hidayah Madrasah At Taqwa. Kesedihan juga kami rasai lebih-lebih lagi seramai 7 orang daripadanya adalah murid-murid dari SK Dusun Tua. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan di Syurga bersama insan-insan yang beriman.

    HEM SKPI.

    BalasPadam
  2. wa'alaikummussalam wrt wbt..

    Terima kasih kerana berkongsi rasa yang sama..

    Wassalam.

    BalasPadam

SELAMAT BERTEMU DAN BERTAMU DI DUSUN TUA..

Salam persaudaraan buat para pengunjung blog Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Dusun Tua. Blog ini diwujudkan bagi memuatkan berita hal ehwal murid sekolah ini. Semoga dengan paparan yang diberi, sedikit sebanyak dapat menghebahkan aktiviti dan berita berkisar sekolah, di samping diharapkan turut merapatkan hubungan ibu bapa penjaga murid dengan warga kerja sekolah. Selamat membaca..