Selasa, 29 September 2009

TERIMA KASIH, PARA PELATIH DI SKDT..

SK Dusun Tua telah menerima seramai 8 orang guru pelatih (KPLI) yang menjalani latihan praktikum bermula 22 Jun lalu, dan berakhir pada 18 September.

Mereka ialah En. Mohd. Noorshamsuri Khamaluddin, En. Mohd. Faisal Mamat, Cik Nurul Hidaya Yahya, dan Cik Rofadulakma Hussain dari Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS).
Turut menjalani praktikum di SKDT adalah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu Cik Nur Syuhada Sulaiman dan Cik Nor Hafizah Ismail, serta pelatih Institut Perguruan Teknik (IPT) Cik Faizulaini Abd. Fathi dan Cik Emi Fadhilah Deraman.

Selama menjalani latihan praktikum, banyak sumbangan yang telah diberi oleh pelatih-pelatih berkenaan kepada pihak sekolah.
Justeru, pihak SKDT merakamkan ungkapan - "TERIMA KASIH, buat kalian. SEMOGA BERJAYA MENJADI PENDIDIK TERBAIK".

En. Mohd. Noorshamsuri Khamaluddin dan En. Mohd. Faisal Mamat mengambil kesempatan bergambar dengan barisan pentadbir, rakan guru dan murid-murid.

2 ulasan:

  1. terima kasih kepada guru besar dan warga SKDT kerana memberi peluang kepada kami menimba ilmu di sini. ia sangat bernilai buat kami semua. diharap SKDT akan terus ke depan di tahun-tahun akan datang

    BalasPadam
  2. Terima kasih kembali buat dik Akma. Warga SKDT mendoakan kejayaan buat kalian, selamanya. Amiin.

    BalasPadam

SELAMAT BERTEMU DAN BERTAMU DI DUSUN TUA..

Salam persaudaraan buat para pengunjung blog Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Dusun Tua. Blog ini diwujudkan bagi memuatkan berita hal ehwal murid sekolah ini. Semoga dengan paparan yang diberi, sedikit sebanyak dapat menghebahkan aktiviti dan berita berkisar sekolah, di samping diharapkan turut merapatkan hubungan ibu bapa penjaga murid dengan warga kerja sekolah. Selamat membaca..