Selasa, 23 Oktober 2012

PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM 2012

KingfisherAdventures, Kg Sg Semungkis, Hulu Langat, menjadi pilihan untuk program Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SK Dusun Tua bagi tahun 2012 ini. Seramai 39 orang murid (27 Perempuan dan 12 Lelaki) telah menyertai perkhemahan kali ini.
Menurut Pengerusi Perkhemahan yang juga GPK Kokurikulum SKDT, En Razali Ismail, program yang dijalankan selama 3 hari ini bertujuan membentuk jati diri murid, selain mendedahkan murid dengan pengalaman berkhemah yang betul, terancang, serta tindakan proaktif yang perlu diambil dalam menjalani segala aktiviti perkhemahan.
4 unit Badan Beruniform yang terlibat adalah Bulan Sabit Merah Malaysia, Tunas Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam dan Pengakap.
Antara aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan ialah 'Rentak Kerja Kreatif',
'Merentas Halangan' (Obstacle Course), Ceramah Kecemerlangan, 
Malam Kebudayaan & Penghayatan (Muhasabah Diri) serta 'Night Operation
Ustaz Amran Mansor bertindak selaku Kem Komander, manakala Ustaz Nor Azamri Ishak dan 
En. Muhd Khairuddin Mohd Nordin sebagai penolong Kem Komander. Beberapa orang guru 
turut bekerjasama menginap di perkhemahan untuk mengawalselia keselamatan murid-murid.
                   'Terima Kasih' kepada semua pihak yang telah menjayakan perkhemahan pada tahun ini.

Laporan oleh: Pn Siti Aminah Husain,
                     Setiausaha Perkhemahan Perdana Badan Beruniform SK Dusun Tua


2 ulasan:

  1. alhamdulillah... syukur dah selamat menjalani perkhemahan koko skdt... maaf tak bersama... apapun tahniah....teruskan usaha ...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..
    terima kasih kerana masih prihatin terhadap aktiviti kendalian Unit Kokurikulum SKDT..
    mungkin suatu hari nanti, boleh buat perkhemahan bergabung antara SKDT & SKLK..
    insyaAllah..

    BalasPadam

SELAMAT BERTEMU DAN BERTAMU DI DUSUN TUA..

Salam persaudaraan buat para pengunjung blog Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Dusun Tua. Blog ini diwujudkan bagi memuatkan berita hal ehwal murid sekolah ini. Semoga dengan paparan yang diberi, sedikit sebanyak dapat menghebahkan aktiviti dan berita berkisar sekolah, di samping diharapkan turut merapatkan hubungan ibu bapa penjaga murid dengan warga kerja sekolah. Selamat membaca..